Terma dan Syarat - MAF Car Rental Service Melaka

Terma dan Syarat

Terma dan Syarat

1.0
Kenderaan
i.
Penyewa hanya boleh memandu di Semenanjung Malaysia sahaja.
ii.
Jika mana-mana kemalangan kecil yang berlaku kepada kenderaan yang disewa (dengan kos membaik pulih di bawah RM3, 000), pelanggan perlu menanggung semua jumlah kos membaik pulih.
iii.
Jika mana-mana kemalangan besar yang berlaku kepada kenderaan yang disewa (dengan kos membaik pulih melebihi RM3, 000), pelanggan perlu membayar excess clause antara RM1,800 ke RM4,500, bergantung model kepada kenderaan.

2.0
Keperluan Pemandu
i.
Penyewa mesti mempunyai lesen memandu kereta yang sah Malaysia dan kad pengenalan.
ii.
Warga Asing mesti memegang lesen memandu antarabangsa yang sah dan pasport yang sah.

3.0
Tempoh Sewaan
i.
Tempoh sewaan minimum ialah satu hari. Satu hari di kira sebagai 24 jam.

4.0
Petrol, Parking Fee, Bayaran Tol, dan kesalahan yang berkaitan
i.
Kadar sewa tidak termasuk petrol, bayaran letak kereta, saman, yuran tol dan lain-lain yang berkaitan trafik.
ii.
Penyewa akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk apa-apa saman atau denda yang dikeluarkan oleh polis trafik Malaysia, jabatan pengangkutan jalan atau pihak berkuasa perbandaran tempatan.

5.0
Mengambil Kenderaan
i.
Semasa mengambil kenderaan, penyewa perlu mengemukakan: salinan Kad Pengenalan, salinan lesen, bil utiliti spt Astro, Bil air atau bil api terkini dan membuat jumlah penuh pembayaran (Sewa + Deposit)
ii.
Sekiranya penyewa ingin kenderaan di hantar selain dari kawasan Cheng, bayaran Grab sebanyak RM20.00 akan dikenakan

6.0
Deposit
i.
Bayaran deposit sebanyak RM30.00 untuk booking diperlukan. Tempahan yang dibuat tanpa deposit dianggap sebagai pertanyaan sahaja dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya kenderaan yang ditempah tidak diperolehi pada tarikh booking.
ii.
Deposit keselamatan sebanyak RM100.00 dan kami akan membayar balik semula kepada semua deposit setelah kereta tersebut dikembalikan kepada kami sama seperti keadaan asal, tanpa saman, dan kemalangan.
iii.
Dalam kes di mana satu caj tambahan diperlukan untuk sewa kereta, ia akan ditolak daripada deposit dan bakinya akan dibayar balik kepada penyewa, setelah kenderaan dikembalikan.

7.0
Cara Pembayaran
i.
Cara pembayaran adalah secara tunai. Kadar tercatat adalah dalam mata wang Ringgit Malaysia.

8.0
Kesediaan Kenderaan
i.
Semua sewa tertakluk kepada ketersediaan kereta
ii.
Sekiranya deposit tempahan telah diletakkan dan kenderaan itu tidak boleh disediakan pada masa pengambilan, penyewa akan diuntukkan dengan kenderaan lain dengan keupayaan yang sama.

9.0
Pemulangan Lewat.
i.
Kereta disewa perlu dikembalikan menurut  masa yang ditetapkan.
ii.
Apa-apa kelewatan pemulangan kereta, penyewa akan dikenakan caj tambahan mengikut masa kelewatan. 

10.0
Pengecualian
i.
Kenderaan yang disewa tidak boleh digunakan untuk tujuan yang haram.
ii.
Kenderaan yang disewa tidak boleh dikendalikan oleh mana-mana orang lain selain daripada penyewa itu.
iii.
Kenderaan yang disewa tidak boleh digunakan untuk membawa penumpang, barang-barang atau bahan-bahan yang berlebihan.
iv.
Kenderaan yang disewa tidak boleh digunakan untuk menolak, menggerakkan atau tunda kenderaan lain, treler atau apa-apa benda lain.
v.
Kenderaan yang disewa tidak boleh digunakan untuk mana-mana perlumbaan atau dalam mana-mana pertandingan.
vi.
Penyewa perlulah memastikan kenderaan itu tidak dikendalikan dengan cara yang cuai.


P / N: Kami berhak menukar Terma & Syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu

No comments:

Post a Comment