Mulai Jumaat, pemilik kenderaan persendirian Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan lesen kenderaan bermotor mereka (biasanya dikenali sebagai cukai jalan) atau membawa salinan lesen memandu mereka. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pemandu boleh mendapatkan salinan digital kedua-dua dokumen itu di portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi MyJPJ, yang boleh dimuat turun daripada App Store, Play Store atau Galeri Aplikasi Huawei. Walaupun ramai pemandu menyambut baik pengumuman itu, terdapat juga yang menyuarakan kebimbangan seperti keselamatan dan kebolehcapaian.
Untuk menghilangkan kebimbangan pengguna, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai pelaksanaan Lesen dan Cukai Jalan Digital.
Sebenarnya penggunaan MyJPJ apps hanyalah sebagai satu pilihan sahaja kepada pengguna yang ingin menggunakan Lesen dan Cukai Jalan secara digital. Walaupun pengguna tidak dapat atau tidak mahu muat-turun apps MyJPJ, pihak penguatkuasa masih boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen anda melalui gadget yang digunakan oleh penguatkuasa JPJ.
Untuk makluman, anda hanya tidak perlu pamerkan cukai jalan namun anda masih perlu memperbaharui cukai tersebut setiap tahun. Namun sekiranya anda masih mahukan cukai jalan yang bercetak, anda masih boleh mendapatkannya. Anda juga boleh cetak cukai jalan dan lesen digital untuk rujukan sendiri.
Jenis lesen (LMM) dan cukai jalan (LKM) yang terlibat adalah seperti berikut:
Berikut adalah cara-cara untuk download cukai jalan dan lesen digital.