Akuan Pihak Penyewa
🚗 Isikan maklumat dengan lengkap dan tekan butang order.
Maklumat-maklumat berikut perlu di wasapkan sebelum ambil kenderaan.
🚗 Ambil gambar Kad Pengenalan depan dan belakang
🚗 Lesen memandu depan dan belakang
🚗 *Bil utiliti API/AIR *
🚗 Kad kerja atau pelajar (Jika pelajar)
Note:
Sila pastikan semua maklumat diisi & disnap SEBELUM kereta
diambil.
Tidak perlu PHOTOCOPY just isi & snap dan wasap maklumat
Sekian, terima kasih.
Terma dan Syarat
1.0 Kenderaan
i. Penyewa hanya boleh memandu di
Semenanjung Malaysia sahaja.
ii. Jika mana-mana kemalangan kecil yang
berlaku kepada kenderaan yang disewa (dengan kos membaik pulih di bawah RM3,000),
pelanggan perlu menanggung semua jumlah kos membaik pulih.
iii. Jika mana-mana kemalangan besar yang
berlaku kepada kenderaan yang disewa (dengan kos membaik pulih melebihi
RM3,000), pelanggan perlu membayar excess clause antara RM1,800 ke RM4,500,
bergantung model kepada kenderaan.
2.0 Keperluan Pemandu
i. Penyewa mesti mempunyai lesen memandu
kereta yang sah Malaysia dan kad pengenalan.
ii. Warga Asing mesti memegang lesen memandu
antarabangsa yang sah dan pasport yang sah.
3.0 Tempoh Sewaan
i. Tempoh sewaan minimum ialah satu hari.
Satu hari di kira sebagai 24 jam.
4.0 Petrol, Parking Fee, Bayaran Tol, dan
kesalahan yang berkaitan
i. Kadar sewa tidak termasuk petrol, bayaran
letak kereta, saman, yuran tol dan lain-lain yang berkaitan trafik.
ii. Penyewa akan bertanggungjawab sepenuhnya
untuk apa-apa saman atau denda yang dikeluarkan oleh polis trafik Malaysia,
jabatan pengangkutan jalan atau pihak berkuasa perbandaran tempatan.
5.0 Mengambil Kenderaan
i. Semasa mengambil kenderaan, penyewa perlu
mengemukakan: salinan Kad Pengenalan, salinan lesen, bil utiliti spt Astro, Bil
air atau bil api terkini dan membuat jumlah penuh pembayaran (Sewa + Deposit)
ii. Sekiranya penyewa ingin kenderaan di
hantar selain dari kawasan Cheng, bayaran Grab sebanyak RM20.00 akan dikenakan
6.0 Deposit
i. Bayaran deposit sebanyak RM50.00 untuk
tempahan diperlukan. Tempahan yang dibuat tanpa deposit dianggap sebagai
pertanyaan sahaja dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya kenderaan
yang ditempah tidak diperolehi pada tarikh booking.
ii. Deposit keselamatan sebanyak RM150.00
untuk sewaan kurang dari 3 hari dan RM300.00 untuk sewaan lebih dari 3 hari
diperlukan. Deposit keselamatan akan dikembalikan setelah kereta tersebut
dikembalikan kepada kami sama seperti keadaan asal, tanpa saman, dan
kemalangan.
iii. Dalam kes di mana satu caj tambahan
diperlukan untuk sewa kereta, ia akan ditolak daripada deposit dan bakinya akan
dibayar balik kepada penyewa, setelah kenderaan dikembalikan.
7.0 Cara Pembayaran
i. Cara pembayaran adalah secara tunai.
Kadar tercatat adalah dalam mata wang Ringgit Malaysia.
8.0 Kesediaan Kenderaan
i. Semua sewa tertakluk kepada ketersediaan
kereta
ii. Sekiranya deposit tempahan telah
diletakkan dan kenderaan itu tidak boleh disediakan pada masa pengambilan,
penyewa akan diuntukkan dengan kenderaan lain dengan keupayaan yang sama.
9.0 Pemulangan Lewat.
i. Kereta disewa perlu dikembalikan
menurut masa yang ditetapkan.
ii. Apa-apa kelewatan pemulangan kereta,
penyewa akan dikenakan caj tambahan mengikut masa kelewatan.
10.0 Pengecualian
i. Kenderaan yang disewa tidak boleh
digunakan untuk tujuan yang haram.
ii. Kenderaan yang disewa tidak boleh
dikendalikan oleh mana-mana orang lain selain daripada penyewa itu.
iii. Kenderaan yang disewa tidak boleh digunakan
untuk membawa penumpang, barang-barang atau bahan-bahan yang berlebihan.
iv. Kenderaan yang disewa tidak boleh digunakan
untuk menolak, menggerakkan atau tunda kenderaan lain, treler atau apa-apa
benda lain.
v. Kenderaan yang disewa tidak boleh
digunakan untuk mana-mana perlumbaan atau dalam mana-mana pertandingan.
vi. Penyewa perlulah memastikan kenderaan itu
tidak dikendalikan dengan cara yang cuai.
P / N: Kami berhak menukar Terma & Syarat ini tanpa
memberi notis terlebih dahulu